perkampungan ilmu

Friday, 18 May 2012

Sambutan Hari Guru

Seperti tahun-tahun sebelum ni, sambutan Hari Guru peringkat sekolah dimulakan dengan perarakan masuk guru-guru dan seterusnya bacaan perutusan, penyampaian hadiah dan persembahan. alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar dan penuh riang ria...

Ribuan terima kasih kepada semua murid yang telah memberi hadiah kepada guru-guru, tidak dilupa kepada orang perseorangan yang telah menghadiahkan beberapa biji kek kepada warga kerja SK TUDM Subang. Terima kasih daun keladi, tahun depan nak kek lagi...

Terima kasih juga diucapkan kepada barisan pentadbir yang sporting dan sama-sama menjayakan sambutan ini.

















Monday, 14 May 2012

mulanya di sini...

SK TUDM Subang sudah membina nama dalam sukan bola baling. Pasukan bola baling perempuan berjaya menjadi juara kejohanan bola baling MSSD. Tahniah! Salah seorang pemain yang membawa sekolah menjadi juara ialah Dharshiny. Dengar cerita balingan Dharshiny amat digeruni pemain lawan...



SK TUDM SUBANG HEBAT!!

Tahniah kepada Dharshiny dan Khairul Khair kerana telah mengharumkan nama sekolah dalam sukan bola baling. Kedua - dua murid ini telah terpilih untuk mewakili daerah Petaling Perdana untuk perlawanan bola baling peringkat negeri. Walaupun pasukan lelaki Petaling Perdana tidak berpeluang menjadi johan, pasukan perempuan Petaling Perdana telah berjaya menjadi johan. 
Dharshiny pula akan mewakili pasukan negeri Selangor bagi perlawanan bola baling peringkat kebangsaan. Tahniah!


Majlis perasmian SK Bukit Jelutong

Pada hari Sabtu lepas, 12 Mei, SK TUDM telah bersama-sama memeriahkan majlis perasmian SK Bukit Jelutong. Untuk pengetahuan semua, SK Bukit Jelutong merupakan salah satu jiran SK TUDM. Sekolah ini telah dibuka pada tahun 2002. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin b. Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia. 

dari kiri: Pn. Hjh. Rupiah, Pn. Suzana, Pn. Hjh. Zamzam, Pn. Rohani, Pn. Hjh. Azilah

dari kiri: Pn. Zaliha, Pn. Normah, Pn. Hjh. Rupiah

Pn. Aznizah dan Pn. Zaliha
Pn. Anis dan Pn. Hjh. Rupiah

En. Azmi (kemeja warna merah hati) dan sahabat

tarian pembukaan

tarian pembukaan
dari jauh pun jadi le...cikgu blogger tak bawak kamera dslr...

dari kiri: Pn. Rohani, Pn. Hjh. Zamzam, Pn. Suzana, Pn. Hjh. Azilah, Pn. Suria Hayati

Ustaz Azizi

             berdiri: Pn. Noorrahayu            dari kiri: Pn. Noraida, Pn. Mazura, Pn. Siti Nur'Aini                  



Hari Guru 2012

Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan bagi tahun 2012 diadakan di negeri Perak Darul Ridzuan. Klik pautan tertera untuk maklumat lanjut.

hari guru 2012

Wednesday, 9 May 2012

LAGU TEMA HARI GURU 2012

* terima kasih kepada pkgpetaling.net dan kulaijaya.net.*



Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara
Lagu: En. Rosman bin Adam
Lirik: En. Zainal Ariffin bin Yusof
(IPGM Kampus Ilmu Khas)


Kita berbicara tentang inovasi
Ciptaan baharu gaya hidup kini
Meningkatkan Produktiviti Terkini

Bangun, beranikan terima seruan
Mendidik, memimpin penuh berwawasan
Menciptakan kreativiti
Melahirkan Guru Inovatif

c/o
Sahutlah cabaran, perubahan
Daulatkan Bidang Pendidikan,
Guru Inovatif Melonjakkan
Transformasi Pendidikan Negara
Malaysia Ku tercinta

Kita berbicara tentang inovasi
Ciptaan baharu gaya hidup kini
Meningkatkan Produktiviti Terkini

Tiada pernah jemu tiada putus asa
Sedia menimba ilmu di mana saja
Binakanlah keyakinan
Merentasi segala halangan

ulang c/o x2