Monday, 31 October 2011

Majlis Perpisahan Datin Hajah Jamaliah Anang

Siang tadi (Isnin, 31 Oktober 2011) telah diadakan satu majlis ringkas sempena perpindahan Datin Hajah Jamaliah, PK Kokurikulum SK TUDM Subang ke SK Seksyen 18 Shah Alam. Datin Hajah Jamaliah akan memulakan tugas beliau di sana pada 1 November 2011 (Selasa) sebagai PK HEM. Beliau telah memulakan tugas di SK TUDM Subang pada 16 Oktober 2005. Hari ini merupakan hari terakhir beliau berkhidmat di sekolah ini sebagai PK Kokurikulum. Warga SK TUDM Subang mengucapkan selamat bertugas di sekolah baru kepada Datin.

salam...

salam...

hadiah yang tidak sepertinya...

menyampaikan ucapan buat kali terakhir di SK TUDM Subang

menyampaikan ucapan buat kali terakhir di SK TUDM Subang

hadiah pertama

hadiah kedua

hadiah ketiga

masa ni 'hujan' belum lebat...

Cikgu Suzana dah siap tisu...

Waaaa.......

Pn. Normah nak nangis jugak...

Cikgu-cikgu lelaki mendengar amanat berkenaan kokurikulum...
Buat Datin Hajah Jamaliah atau lebih mesra dipanggil Kak Mal, jangan lupa kami di sini....



Wednesday, 5 October 2011

Tapak Perhimpunan


Seperti yang dapat dilihat, tapak perhimpunan sudah ditutup sementara untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pengubahsuaian. Sebenarnya nak pasang jubin, jadi tinggi sikit dan selesa bila duduk. Maklumlah...licin je...Malangnya, disebabkan ada sedikit masalah teknikal, tapak ini akan siap lewat sedikit...takpe...sabar...
Ini merupakan kerja pengubahsuaian kali kedua untuk tapak perhimpunan sekolah. Yang pertama adalah pada tahun 2009. Kalau tak ingat boleh klik pada pautan yang tertera.
Apa-apa pun, marilah kita sama-sama menanti dengan sabar...

Tuesday, 4 October 2011

Perkhemahan & Hari Kokurikulum

TARIKH : 30 SEPTEMBER 2011, 1 & 2 OKTOBER 2011 ( JUMAAT - AHAD)
TEMPAT : SK TUDM SUBANG

tengok gambar ni ye...


senyum...

boys will be boys
model T-shirt

acara pasang khemah

khemah dah siap...jom baring....
aktiviti ice breaking - lukis logo kumpulan

aktiviti tengah malam - jalan dalam gelap, tutup mata...

yang ni dah tak jumpa jalan
sampai putus selipar dibuatnya

dah bertembung!
ada lagi gambar...tunggu...

HARI KEDUA - 1.10.2011
HARI KOKURIKULUM
AKTIVITI : 
1. Memasak
2. Pertolongan cemas
3. Kawad kaki
4. Sukaneka murid-murid Tahun 3
senamrobik di pagi hari
bersiap sedia untuk aktiviti memasak
sketsa pertolongan cemas - Puteri Bonceng (Puteri Islam)
Cikgu Zura mengetuai peserta memasak- mengambil bahan-bahan...
HARI KETIGA - 2.10.2011
PENUTUP
AKTIVITI : 
1. Kemas khemah
2. Lelongan

Mesti ada yang tertanya-tanya, apa benda yang boleh dilelong masa berkhemah?
Ada...banyak...